Monday 24 December 2012

opss 2morrow is christmas??

 
hohoho Oh my candy!! farah tak ingat pun esk perayaan christmas.. so kpd rakyat malaysia yang menyambut perayaan ni selamat bergembira la dgn family.. hohoho esk ni mesti banyak pakcik santa claus kat shopping complex.. kpd adik2 jgn lepaskan peluang dapatkan gula2 free hehe.. actually farah mmg tak sedar yang esk ni christmas.. yerla asyik busy ngan persiapan nak menyambut hari sekolah next week ni.. as kindergarten teacher banyak la preparation kena buat penat sangat sampai esk cuti pun dah tak ingat hehe.. hmm tak sabar rasanya nak jumpa dengan student baru nanti wajah2 baru yang comel hehe.. so adik2 nanti jangan malas datang sekolah hehe..
cant wait 2 c u my dear student.. hehe

Sunday 23 December 2012

Cleaning Dayz huhu

Haha 2dayz is cleaning days.. penatnye la farah ari ni.. sapu cuci mop lap semua nyerla.. pelik kan tetiba terasa rajin plak ari ni hehe.. tapi sebenar nye bila bilik kita bersih rumah kita bersih kita rasa seronok sangat habuk hilang penyakit macam selesema batuk boleh kita elak banyak benefit bila kita buat cleaning ni.. penat tapi berbaloi :-) farah pun bukan la rajin sangat tapi bila dh sampai mood nak mengemas automatik bertukar jadi cleaner hehe habis semua farah kemas.. tapi tulah masalahnya mood nak berkemas tu jarang2 ada hehehe.. tapi takpela apa2 pun kita kena pastikan tempat tinggal kita bersih barulah dapat feel rumahku syurga ku hehe..
ok la rajin2 mengemas.. cleaning is sweetzz as candy huhu

Friday 21 December 2012

Moments at Universal Studio Singapore


Penah tak pg USS Singapore ni? bagi yang tak pernah.. Farah memang cadangkan datang la ke sini bersama family.. Rugi sangat kalau tak datang sini.. Seronok sangat tak tau camna nk cerita tapi tempat ni memang the best.. Farah nak share sikit moment farah kat sini... Farh pegi USS ni pada 4 Dec dengan family farah.. actually ada 8 family yang join kiteorang wat family day kat sini hehe..





ni la transformer ride sapa-sapa yang datang sini amatla rugi klau tak cube transformer ride ni.. memang best..




Ha ni kat dpn pintu msk roller coaster  mummy revenge huhu indoor roller coster kat uss ni.. ni pun best mcm dlm citer the Mummy tu



ha ni plak antara roller coaster yang giler sempat farah cube mengucap jugak la naik roller coaster ni hehe tp x sempat nk amik gmbr rugi betul kene pegi lagi ni hehe..


 ha bumi bulat ni jgn lupe nk ambil gambar kat sini.. ni la bukti kita datang cni hehe



 yang ni kami tgh berehat la dh penat sgt jalan2 berhenti duduk jap hehehe

permainan ni wat kami pening sebab dia berpusing je hehe

 ha ni kami tgh makan kat restoran arab yang dekat dgn kawasan mummy revenge yum yum lapar penat jalan

ha ni umi farah berposing kat Jurasic park .. hehe ade dinosaur 


 ha ni kat pintu mula2 msuk USS cantik tempat ni..


 ha ni kat depan kedai yang jual barang2 shrek.. katun yang ijau tu hehe

                           ha.. kepala transformer ni la farah beli bawak balik hehe comey kan?



huhu rasa cam nak dtg je lagi kat sini.. seronok sangat.. momentz yang sweetzzz sgt lg sweetzz dari gula-gula ni akan terpahat dlm hati selamanya hehe..

May all my dreams come true ;-)


Alhamdulillah finally farah dapat juga menggenggam segulung ijazah setelah sekian lama berusaha tak tido siang malam nak dapat ijazah ni hehe.. Abah umi terimalah hadiah ini dari adik walaupun hadiah ini tidak sebesar pengorbanan umi dan abah kepada adik selama ini.. Insyaallah adik akan jadi insan yang lebih bermakna dimasa hadapan.
Graduation ini merupakan satu permulaan untuk melangkah ke alam yang baru bagi farah dari sinila farah akan capai apa yang diimpikan dari sinila bermula nya hidup baru, ini lah tapak kepada cita-cita farah yang semakin hampir menjadi realiti.. Insyaallah moga tuhan permudahkan jalan yang farah pilih ini Aminn..


Seronoknyer hehe


sayang umi abahh


sekali skala berposing


jadi model jap hehe


yang ni memang berangan jer la.. hehe oh Aoran aziz hehe

Genggam bara api biar sampai jadi abu.. farah akan cuba dan cuba dan cuba untuk capai apa yang diimpikan sedikit usaha lagi Insyaallah pasti tercapai Amin..

Monday 22 October 2012

I've got plan A B C D.......


Pernah tak dalam hidup kita membuat perancangan? mestilah pernah.. sedangkan anak-anak kecil pun buat perancangan contohnye.. diorang akan fikir lepas ni nak main apa.. nanti nak makan gula2 apa.. semuanya dirancang dulu hehe.. termasuklah farah plan tu banyak sangat.. kejap nak macam ni pastu tukar.. walaupun setiap yang dirancang tak semestinya akan jadi, tapi farah tetap buat perancangan sebab bagi farah selagi kita ada perancangan selagi itu kita ada matlamat untuk dicapai.. dan kita perlu ada matlamat untuk hidup.. kita diciptakan oleh tuhan bukanlah sekadar untuk menghabiskan usia dengan melakukan perkara yang sia-sia.. so buat lah perancangan sebanyak yang mungkin sebab perancangan ini merupakan pilihan jalan yang kita ada.. apa hasil daripada plan kita itu semua ketentuan tuhan.. kita kene redha yang penting kita kene usaha dahulu, sebenarnya kita mempunyai peluang untuk mengubah nasib kita terpulanglah sejauh mana usaha kita, tetapi jangan sekali kita lupa untuk berdoa pada tuhan kerana kita mampu merancang tapi tuhan yang menentukan.. jika plan kita tak berjaya jangan putus asa.. selagi kita masih hidup akal berfungsi kita mampu bangkit dan bermula semula.. :-)  so.. jom kita buat banyak plan mana la tau suatu hari nanti apa yang dirancang menjadi ;-)

Sunday 21 October 2012

A new start...



Kadangkala kita rasa kita susah nak mulakan sesuatu yang baru, mungkin ini disebabkan kita masih berpegang pada yang lama atau mengharapkan yang lama akan berulang kembali.. tapi jika di fikirkan secara rasional sampai bila kita nak berpegang pada yang lama.. sedangkan masa sentiasa berputar ke depan.. rasanya sudah tiba masanya untuk mulakan sesuatu yang baru.. bergerak kehadapan dan jangan toleh kebelakang.. perkara yang lama simpan sebagai kenangan dan panduan.. buka buku baru mulakan pengembaraan yang baru..


Untuk melangkah ke pengembaraan yang baru.. farah nak mulakan dengan langkah pertama iaitu makan makanan yang sedap sepuas-puasnya hehe untuk kumpul tenaga nak hadapi cabaran baru di masa depan.. farah aja aja fighting  ;-)

Wednesday 26 September 2012

Sweetznyer kiter cam gula-gula..


Tibe-tibe teringat kat BFF farah, Ni la BFF farah, dari kiri Dija Farah Nunu rasa rindu sangat kat korang hehe.. rindu zaman gila-gila.. rindu zaman makan maggie sama2.. 



 Ha ni hari BFF kami.. biler ye?? Kalau korang tak ingat nnti ada yang kene makan sup selipar hehe.. OUR BFF DAY => 27 November 


Kenangan manis masa zaman dulu kala hehe sweetz sgt sampai bila2 takkan lupa kan mek nunu


Dija ingat lagi tak masa ni kita main kat lagoon naik yang pusing-pusing tu hehe nanti kita naik lagi k biar sampai pening hehe


huhu Rindu kat my cousin sorang ni.. mya amira nama glamer nye hehe 


 Rindu dengan adik sepupuku yang comey ni fatni, nurin, anum huhu nanti balik kelate kiter jumpa k?

setiap memori indah kiter akan farah sematkan dalam hati sampai bila-bila..
so sweetzzz cam gula-gula :-)


Tuesday 25 September 2012

u r my sweetheart





hehe Kali ni farah nak citer sikit pasal kapel yang cute ni.. farah rasa maybe ramai yang penah tengok citer ni, kisah kapel yang sangat pelik dan kontra.. GF nye cun BF nye macam cendawan hehe.. tapi pe yang farah suka tentang citer ni ialah.. GF nye suka pada cendawan ni sebab:

1- Cendawan jujur sangat orangnye
2- Biarlah orang hentam dia atau buli dia tapi cendawan ni tak pernah dendam
3- Tak kira lah orang benci kat dia tapi cendawan ni tetap akan layan orang dengan baik

hurm rasa nye kalau kat dunia nyata ni macam mustahil je ada orang yang sebaik ni kan?.. tapi apa yang farah nak kongsi pasal citer ni sebenarnye ialah.. janganlah kita menyukai seseorang kerana paras rupa sebab paras rupa bukan nye kekal bile dah tua semuanye dah tak ada tinggal kedut je, sepatutnya kita menyukai seseorang kerana kebaikkan hatinya, keikhlasan dirinya, sebab semua ni akan kekal hingga akhir nyawa insyaallah... Janganla kita terus tolak dan benci seseorang sebab dia tak hensem atau tak cantik sebab semua ni boleh diubah, kalau kita makeover sikit kawan kita mesti dia jadi hensem atau pun cantik hehe klau pokok kita sapu mekap pun boleh jadi cantik.. tapi kalau kecantikkan hati itu anugerah takder mekap yang boleh ubah.. tak percaya? cuba tengok cendawan ni kalau di makeover pun boleh jadi hensem.. 

ha ni la cendawan tadi selepas di makeover... ingat  kita kene menyukai seseorang itu kerana kebaikkan hatinya bukan paras rupanya... hanya kecantikan hati yang akan kekal sampai bila-bila

Friday 21 September 2012

Vanilla Ice cream



Erm dah lama farah tak tulis blog.. macam-macam yang jadi dalam tempoh masa ni erm tak tahu macam mana nak mula cerita.. hehe tapi hari ni farah makan banyak sangat ice cream vanila.. bagi orang lain ice cream vanila tak special pun just ice cream.. tapi bagi farah setiap kali farah makan semua kenangan yang lama muncul.. farah takkan lupa semua kenangan ini.. semua kenangan farah bermula dengan ice cream vanila, kuew teow kungfu, apple susu, kedai makan lampu biru, keychain, teddy bear pink, bihun tomyam, cincin terlalu banyak kenangan ni akan muncul bila farah makan ice cream vanila.. dan perasa vanila ni akan jadi perasa yang paling farah suka sampai bila-bila.. takkan ada perasa lain yang boleh menggantikannya...

Sunday 2 September 2012

Hati kristal..



Klau orang tanya hati ini milik siapa? Confirm farah jawab milik farah la.. confrim orang yang tanya tu rasa bengang hehe.. tapi memang betul pun Allah jadikan setiap manusia mempunyai satu hati. Dalam satu hati ada perasaan cinta dan sayang. Siapa yang patut kita cinta dan sayang? Jika soalan ini yang ditanya, farah akan jawab, pertama mesti kena ada perasaan cinta pada Allah dan Rasulullah, kedua mesti ada perasaan cinta pada ibu bapa dan yang terakhir sekali perasaan cinta pada seseorang yang mencintai kita. Orang kata hati seorang perempuan ibarat kristal cantik sangat tapi bila dah pecah susah sangat nak dicantum semula, yang tinggal perasaan kecewa, geram, sedih semua perasaan yang tak best la.. Farah setuju sangat sebab mungkin itu yang farah rasa sekarang. Harap-harap ada gam ajaib yang boleh camtumkan semula hati kristal ni..


Thursday 23 August 2012

Syawal Semanis Gula-Gula

Di hari yang mulia ini farah ingin menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf jika ade tersilap salah terkasar bahasa kepada semua yang mengenali farah.

Alhamdulillah setelah penat menjalani ibadah puasa, syawal tiba dengan penuh bermakna. Farah berasa syukur kerana dapat beraya disamping keluarga tercinta. Tahun ni macam biasa farah beraya di Kelantan mestila kena beraya di Kelantan, Farah kan anak jati Kelate.

Tahun ini tahun yang pertama beraya tanpa tok ayah. Walaupun sedikit sedih tapi Alhamdulillah kemeriahan raya masih lagi dapat dirasa. Farah bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang sangat besar, Farah mempunyai ramai sanak saudara, sebelah pihak umi, Farah mempunyai lapan orang mak saudara dan dua orang ayah saudara semuanya dah berfamily, cuba bayangkan setiap kali raya bilik kat rumah Tok ayah tak cukup untuk kami semua.. Meriahnya raya bermula dari ruang tamu sampailah ke dapur rumah tok Ayah.. Seronok sangat.



Setiap tahun menu wajib raya kami, Nasi Kuning ( warisan turun temurun keluarga abah), sate(semalaman cucuk dan bakar sate sendiri sebab tu rasa sate ni sangat special) dan ketupat daun palas (yang ini tempah sebab tiada sapa pun yang reti buat ) . Menu special untuk raya tahun ni pula ialah Kek tiramisu dan kek tuti fuitty (special sebab dibuat oleh Farah sendiri). Seperti biasa selepas menjamu selera sesi fotografi diadakan setiap family bergambar. Farah pun sama dimana ada camera di situla farah ada.. Tapi bagi adik-adik sepupu farah yang kecil sesi memberi duit raya lah yang paling dinantikan semua nya akan beratur untuk dapat duit raya.. Farah special sikit sebab dalam family farah sesiapa yang belum berkahwin masih layak menerima duit raya, dan semakin umur meningkat jumlah duit raya pun bertambah tu yang farah suka sangat tu rasa macam tak nak kawin lagi tahun depan sebab nk dapat angpau raya besar hehe

Keluarga Farah ni klau beraya, open house mesti sampai seminggu, yerla mak saudara kan ramai setiap mak saudara akan buat open house sendiri. Hari raya yang pertama wajib beraya di rumah Tok ayah walaupun Tok ayah sudah tiada, raya pertama mesti rumah tok ayah dan kini umi la menjadi tuan rumah masak dan layan tetamu farah pun membantu juga. Raya seterusnya beraya di rumah mak saudara yang sulung sampailah yang bongsu.. Memang farah rasa kenyang sangat semasa raya, tiap-tiap hari menu berbeza.. rasanya bertambah berat badan farah kali ni.



Setiap tahun kami sekeluarga akan mengadakan BBQ best giler.. Farah suka sangat BBQ sebab dapat makan ayam panggang ramai-ramai, bermain bunga api, bukan bunga api yang budak kecil main tapi bunga api yang dipasang bila new year tu.. Cantik sangat.. macam biasa setiap tahun Ayah Yie ayah saudaraku yang supply bunga api ini, setakat ni Polis tak pernah la datang rumah kami hehe..

Beraya di sebelah pihak keluarga abah pula berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, keluaraga abah tidak la semeriah keluarga umi kerana keluarga abah kecil sahaja tapi suasana raya tu masih lagi ada. Tahun ini farah dengan keluarga abah beraya di dusun buah rambutan dan durian, pelik kan? tapi memang betul, sebenarnya dusun ini milik keluarga umi, bagi kami semua apa yang ada mestila berkongsi bersama. Seronok tau makan buah durian dan rambutan di dusun sendiri.  Seronokkan raya bersama family farah?



Sebenarnya kemeriahan suasana hari raya hanya dapat dirasa bersama keluarga dan orang yang tersayang, jadi, hargailah keluaraga kita selagi mereka masih ada, kerana setiap detik setiap saat yang ada kini mungkin akan tidak ada lagi.. Farah berharap sangat syawal yg akan datang, kami semua panjang umur dan dapat merasa sekali lagi kemanisan  syawal seperti tahun ini

Thursday 16 August 2012

Tik tok tik tok jam hidup saya berbunyi

Tik tok tik tok jam hidup manusia berbunyi dan tidak pernah berhenti selagi tuhan mengizinkan. Kita tidak tahu selama mana kita akan hidup di bumi Allah yang indah ini, oleh itu hargailah setiap jam minit dan saat yang tuhan berikan kepada kita.

Tik tok tik tok jam hidup farah juga masih berbunyi dan masih lagi berputar alhamdulillah.. Setiap jam minit dan saat yang dikurnia tuhan akan farah manfaatkn sebaik mungkin.Selagi jam hidup farah berputar, farah akan penuhi setiap saat dengan kegembiraan dan kebahgiaan insyaallah. Pernah seseorang bertanya pada farah, "kalau la hari ini hari last dalam hidup awak apa perkara yang paling awk ingin lakukan?" farah terdiam tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan itu. Pada masa tu farah rasa terlalu banyak perkara yang farah ingin lakukan dan ketika itulah farah sedar masa yang berlalu tidak akan berulang andai tuhan merberhentikan jam hidup kita dan masih banyak lagi perkara yang tidak dapat dilakukan, menyesal pun tiada gunanya lagi..

Jadi, farah akan cuba pastikan sitiap jarum saat dalam jam hidup farah, akan lalui perkara yang indah, agar farah tidak menyesal di kemudian hari insyaallah... Ingatlah bahawa jam hidup kita boleh berhenti bila-bila masa sahaja..Janganlah kita menyesal kemudian hari kerana mengabaikan setiap saat yang dikurnia oleh tuhan...