Thursday 23 August 2012

Syawal Semanis Gula-Gula

Di hari yang mulia ini farah ingin menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf jika ade tersilap salah terkasar bahasa kepada semua yang mengenali farah.

Alhamdulillah setelah penat menjalani ibadah puasa, syawal tiba dengan penuh bermakna. Farah berasa syukur kerana dapat beraya disamping keluarga tercinta. Tahun ni macam biasa farah beraya di Kelantan mestila kena beraya di Kelantan, Farah kan anak jati Kelate.

Tahun ini tahun yang pertama beraya tanpa tok ayah. Walaupun sedikit sedih tapi Alhamdulillah kemeriahan raya masih lagi dapat dirasa. Farah bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang sangat besar, Farah mempunyai ramai sanak saudara, sebelah pihak umi, Farah mempunyai lapan orang mak saudara dan dua orang ayah saudara semuanya dah berfamily, cuba bayangkan setiap kali raya bilik kat rumah Tok ayah tak cukup untuk kami semua.. Meriahnya raya bermula dari ruang tamu sampailah ke dapur rumah tok Ayah.. Seronok sangat.



Setiap tahun menu wajib raya kami, Nasi Kuning ( warisan turun temurun keluarga abah), sate(semalaman cucuk dan bakar sate sendiri sebab tu rasa sate ni sangat special) dan ketupat daun palas (yang ini tempah sebab tiada sapa pun yang reti buat ) . Menu special untuk raya tahun ni pula ialah Kek tiramisu dan kek tuti fuitty (special sebab dibuat oleh Farah sendiri). Seperti biasa selepas menjamu selera sesi fotografi diadakan setiap family bergambar. Farah pun sama dimana ada camera di situla farah ada.. Tapi bagi adik-adik sepupu farah yang kecil sesi memberi duit raya lah yang paling dinantikan semua nya akan beratur untuk dapat duit raya.. Farah special sikit sebab dalam family farah sesiapa yang belum berkahwin masih layak menerima duit raya, dan semakin umur meningkat jumlah duit raya pun bertambah tu yang farah suka sangat tu rasa macam tak nak kawin lagi tahun depan sebab nk dapat angpau raya besar hehe

Keluarga Farah ni klau beraya, open house mesti sampai seminggu, yerla mak saudara kan ramai setiap mak saudara akan buat open house sendiri. Hari raya yang pertama wajib beraya di rumah Tok ayah walaupun Tok ayah sudah tiada, raya pertama mesti rumah tok ayah dan kini umi la menjadi tuan rumah masak dan layan tetamu farah pun membantu juga. Raya seterusnya beraya di rumah mak saudara yang sulung sampailah yang bongsu.. Memang farah rasa kenyang sangat semasa raya, tiap-tiap hari menu berbeza.. rasanya bertambah berat badan farah kali ni.



Setiap tahun kami sekeluarga akan mengadakan BBQ best giler.. Farah suka sangat BBQ sebab dapat makan ayam panggang ramai-ramai, bermain bunga api, bukan bunga api yang budak kecil main tapi bunga api yang dipasang bila new year tu.. Cantik sangat.. macam biasa setiap tahun Ayah Yie ayah saudaraku yang supply bunga api ini, setakat ni Polis tak pernah la datang rumah kami hehe..

Beraya di sebelah pihak keluarga abah pula berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, keluaraga abah tidak la semeriah keluarga umi kerana keluarga abah kecil sahaja tapi suasana raya tu masih lagi ada. Tahun ini farah dengan keluarga abah beraya di dusun buah rambutan dan durian, pelik kan? tapi memang betul, sebenarnya dusun ini milik keluarga umi, bagi kami semua apa yang ada mestila berkongsi bersama. Seronok tau makan buah durian dan rambutan di dusun sendiri.  Seronokkan raya bersama family farah?



Sebenarnya kemeriahan suasana hari raya hanya dapat dirasa bersama keluarga dan orang yang tersayang, jadi, hargailah keluaraga kita selagi mereka masih ada, kerana setiap detik setiap saat yang ada kini mungkin akan tidak ada lagi.. Farah berharap sangat syawal yg akan datang, kami semua panjang umur dan dapat merasa sekali lagi kemanisan  syawal seperti tahun ini

Thursday 16 August 2012

Tik tok tik tok jam hidup saya berbunyi

Tik tok tik tok jam hidup manusia berbunyi dan tidak pernah berhenti selagi tuhan mengizinkan. Kita tidak tahu selama mana kita akan hidup di bumi Allah yang indah ini, oleh itu hargailah setiap jam minit dan saat yang tuhan berikan kepada kita.

Tik tok tik tok jam hidup farah juga masih berbunyi dan masih lagi berputar alhamdulillah.. Setiap jam minit dan saat yang dikurnia tuhan akan farah manfaatkn sebaik mungkin.Selagi jam hidup farah berputar, farah akan penuhi setiap saat dengan kegembiraan dan kebahgiaan insyaallah. Pernah seseorang bertanya pada farah, "kalau la hari ini hari last dalam hidup awak apa perkara yang paling awk ingin lakukan?" farah terdiam tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan itu. Pada masa tu farah rasa terlalu banyak perkara yang farah ingin lakukan dan ketika itulah farah sedar masa yang berlalu tidak akan berulang andai tuhan merberhentikan jam hidup kita dan masih banyak lagi perkara yang tidak dapat dilakukan, menyesal pun tiada gunanya lagi..

Jadi, farah akan cuba pastikan sitiap jarum saat dalam jam hidup farah, akan lalui perkara yang indah, agar farah tidak menyesal di kemudian hari insyaallah... Ingatlah bahawa jam hidup kita boleh berhenti bila-bila masa sahaja..Janganlah kita menyesal kemudian hari kerana mengabaikan setiap saat yang dikurnia oleh tuhan...