Monday 22 October 2012

I've got plan A B C D.......


Pernah tak dalam hidup kita membuat perancangan? mestilah pernah.. sedangkan anak-anak kecil pun buat perancangan contohnye.. diorang akan fikir lepas ni nak main apa.. nanti nak makan gula2 apa.. semuanya dirancang dulu hehe.. termasuklah farah plan tu banyak sangat.. kejap nak macam ni pastu tukar.. walaupun setiap yang dirancang tak semestinya akan jadi, tapi farah tetap buat perancangan sebab bagi farah selagi kita ada perancangan selagi itu kita ada matlamat untuk dicapai.. dan kita perlu ada matlamat untuk hidup.. kita diciptakan oleh tuhan bukanlah sekadar untuk menghabiskan usia dengan melakukan perkara yang sia-sia.. so buat lah perancangan sebanyak yang mungkin sebab perancangan ini merupakan pilihan jalan yang kita ada.. apa hasil daripada plan kita itu semua ketentuan tuhan.. kita kene redha yang penting kita kene usaha dahulu, sebenarnya kita mempunyai peluang untuk mengubah nasib kita terpulanglah sejauh mana usaha kita, tetapi jangan sekali kita lupa untuk berdoa pada tuhan kerana kita mampu merancang tapi tuhan yang menentukan.. jika plan kita tak berjaya jangan putus asa.. selagi kita masih hidup akal berfungsi kita mampu bangkit dan bermula semula.. :-)  so.. jom kita buat banyak plan mana la tau suatu hari nanti apa yang dirancang menjadi ;-)

Sunday 21 October 2012

A new start...



Kadangkala kita rasa kita susah nak mulakan sesuatu yang baru, mungkin ini disebabkan kita masih berpegang pada yang lama atau mengharapkan yang lama akan berulang kembali.. tapi jika di fikirkan secara rasional sampai bila kita nak berpegang pada yang lama.. sedangkan masa sentiasa berputar ke depan.. rasanya sudah tiba masanya untuk mulakan sesuatu yang baru.. bergerak kehadapan dan jangan toleh kebelakang.. perkara yang lama simpan sebagai kenangan dan panduan.. buka buku baru mulakan pengembaraan yang baru..


Untuk melangkah ke pengembaraan yang baru.. farah nak mulakan dengan langkah pertama iaitu makan makanan yang sedap sepuas-puasnya hehe untuk kumpul tenaga nak hadapi cabaran baru di masa depan.. farah aja aja fighting  ;-)