Saturday 26 July 2014

Sehari sebelum raya

Esok dah raya mood buat assignment dh xder.. hmm camna la ni.. paper thesis nak kena submit selepas raya sabar jela.. ya Allah kuat kan la hambamu ni.. demi kejar cita2.. terpaksa la harung smua ni.. tapi Seriously dh xder mood buat paper ni.. adoi camnolah..  hmm apo lagi yang boleh di buat yer.. mana nk dpt mood ni.. ramai sdara mara kata asyik sambung blaja jer bila nk akhiri zaman single ni..hmm nk akhiri camna klau msih blum bersedia.. btul ke msih blum..? Asyik mengelak dari soalan.. boleh tanya soalan lain x? Spoiled mood raya klau dpt soalan camni tau..tanya la benda lain.. tp xpela.. diorang tu amik berat sbnarnya.. hadap jerla soalan2 camtu.. insyallah smua akan ok.. Selamat ari raya kenangan lama, kenangan baru, atau yang bakal tiba..

Friday 25 July 2014

Ia akan berlalu jua..

Hidup adalah seperti roda adakala kita diatas adakala kita dibawah.. begitulah dengan perkara yang berlaku dalam hkdup kita, setiap perkara yang baik pasti akan berlalu dan kita tidak akan terlepas daripada perkara buruk, kadang2 musibah atU perkara yang tidak diingini berlaku dan beri pengajaran kepada kita supaya perkara yang baik akan berlaku pd masa depan.. itulah kitaran hidup, daripada perkara yang buruk la kita berjumpa dengan perkara yang baik dan ingatlah sedarlah perkara yang baik ni pasti berlalu, namun begitu kita haruslah mestilah bersyukur kepada Allah kerana beri kesempatan pada kita untuk merasa perkara yang baik ini walaupun dalam waktu yang singkat.. inilah namanya kehidupan.. Alhamdulillah terima kasih tuhan kerana beri aku kesempatan untuk merasa nikmat yang sementara ini..

Thursday 24 July 2014

Kampungku..

Alhamdulillah sekali lg berkesempatan utk pulang ke kg berayz bersama family,  nikmat tuhan bg syukur..  wlpun raya kali ini banyak kerja x siap  tp raya tetap raya hehe Selamat Hari Raya Aidilfitri farah ucapkan kepada semua yang mengenali diri ini, susun 10 jari mohon ampun dan maaf yer

Sunday 13 July 2014

Alhamdulillah...Semakin nampak apa yang dicari..

  
Alhamdulillah saya semakin menemui apa yang dicari selama ini apa yang membuat kedamaian hati itu hilang, apa yang membuatkan diri sendiri begitu sedih.. sebenarnya smua itu berlaku kerana saya kurang memerhati dan memahami diri saya sendiri, kurang mengenali diri sendiri, insyaallah mulai hari ni saya akan belajar mengenali diri sendiri, siapa saya, apa yang saya inginkan, apakah kesilapan yang boleh diperbetulkan, bantu diri sendiri, cari kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan yg sebenarnya ada dalam diri saya, cuma saya sendiri yang mengabaikannya, mengatakan ia tiada, kini saya akan mencari dan memujuk kebahagiaan, ketenangan, supaya hadir kembali pada diri saya.. maafkan saya wahai hati wahai diri, kerana selama ini telah mengabaikan kebahagian ketenangan dan kedamaian keceriaan yang dahulunya sentiasa ada.. Insyaallah kita mulakan bab baru, saya janji akan mencari semula kebahagiaan, ketenangan, dan keceriaan yang dahulu.. Selamat berkenalan wahai diri.. :-)

Friday 11 July 2014

Mencabar, pening, tapi agak seronok

  
Alhamdulillah farah dpt siapkan assignment utk program master farah.. tgl satu lg project paper hopefully can finish by this semester.. wlpun rasa sgt mencabar dan pening kadang2 rasa nk muntah hehe.. tapi seronok.. bnyak ilmu yang dipelajari.. hopefully dapat habiskan master ni ontime sbb pengajian utk program master farah yg seterusnya akan bermula pada bulan september insyaallah.. jarang org buat double master, tapi farah rasa bangga sgt dgn diri sendiri sebab mampu buat double master.. insyaallah akn grad dgn cemerlang Aminnn 

Tuesday 8 July 2014

Terima Kasih itu magicc..

  
Pelik, kelakar, kadang-kadang rasa padan muka jugak lah.. bila kita susah kita akan belajar banyak benda salah satunya adalah menghargai setiap pemberian yang kita terima, pada masa susah la kita belajar menghargai setiap pemberian yang kita terima, kita juga belajar menghargai apabila kita hilang sesuatu.. bila kita sudah pandai menghargai barulah kita pandai mengucapkan terima kasih.. yer terima kasih adalah perkataan yang penuh dengan magic..kenapa? sebab apabila kita berterima kasih dalam masa yang sama, dalam hati, kita mengucapkan syukur pdNya, apabila kita bersyukur dan ingat pdNya, nikmat yang besar menanti kita.. banyakkanlah ucapan terima kasih walau sekecil mana pun pemberian yang kita terima ucaplah kata-kata magic ini.. Insyaallah anda akan merasai keajaiban daripada kata-kata ini.. Terima Kasih.. Alhamdulillah

Bumi sentiasa berputar..sama seperti hidup kita.

  
Terlampau banyak perkara yang perlu difikirkan.. kdg2 x tau nk fikir dan selesaikan yang mana satu dahulu.. bila buntu hanya pdNya la tempat mengadu.. bila la bila la awan mendung ni nk beredar.. bila la matahari nk muncul utk menyinari hari baru.. KUAT KUAT dan KUAT kata2 yg di ucap pada diri sendiri setiap hari.. hidup tak semestinya sentiasa diatas.. bumi sentiasa berputar begitulah hidup kita..ada ketika kita senang ada ketika kita susah.. ingatlah wahai diri, segala ujian ada hikmah yg menanti..

Monday 7 July 2014

Moga Hari Esok Lebih Baik Dari Hari ni

  

Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku.. moga apa yg terjadi hari ni menjadi pengajaran dan mempunyai hikmah di sebaliknya.. berikanlah ku kekuatan untuk hadapi dugaan mu ini Ya Allah.. berikanlah aku kesabaran dan tunjukkan padaku jalan penyelesaian.. Ramadan kali ini sgt memberi ujian padaku.. aku terima redha dan berserah..

Sunday 6 July 2014

Tabahkan Diri ku Ya Allah

      

Dear farah.. apa yang kau hadapi skg adalah ujian drp Allah, tabah kan diri, sabar, sentiasa doa dan ingat pada Allah, Allah sentiasa ada denganmu, inilah kehidupan makin banyak ujian tu tandanya Allah sayang pd kita, Allah tidak akan uji hambanya jika hambanya itu tidak mampu utk hadapinya.. setiap yang berlaku ada hikmahnya.. tabah sabar sentiasa doa padanya, sesungguhnya Allah itu maha pengasih lg maha penyayang