Thursday 30 June 2016

Lari topik lagi.. Kecewa seorang pensyarah PART 2

Jarang aku menulis blog ada part 1 dan part 2, tapi disebabkan tekanan yang menimpa aku ambil inisiatif untuk tulis kesemua tekanan ku, seperti yang ku jangka kelmarin, pembentangan markah dijalankan tidak memuaskan,, apa yang lebih teruk adalah benda yang berlaku tetapi diletakkan kesalahan tersebut terhadap orang lain.. hmm benarlah kata-kata guru ibarat lilin yang membakar diri sendiri untuk memberi cahaya pada pelajar..  tapi bagiku bukan setakat membakar tetapi dah sampai lebur.. hancur luluh hati ini rasa.. aku perlu mencari kekuatan ku semula,, aku perlu cari rasa positif dan sayang pada pelajar ku semula kerana kini apa yang aku rasa adalah kecewa patah hati geram dan pelbagai perasaan negatif dengan pelajarku.. namun begitu aku perlu mencari jalan aku perlu membuang perasaan negatif ini kerana apa? kerana aku seorang guru, seorang pendidik.. mungkin kali ini aku di beri ujian begini,, insyaAllah kemudian hari akan ada hikmahnya,, semoga aku dibukakan hati perasaan dan semangat yang baru untuk menghadapi cabaran dalam bidang ini,, ini lah kerjaya yang ku pilih, ini adalah cabaran yang perlu aku hadapi.. alangkah seronoknya jika pelajar tahu menghargai jasa seorang guru.. dan betul-betul memahami ungkapan "tanpa guru siapa lah kita" mungkin aku bukan guru yang terbaik tetapi dari masa ke semasa aku cuba untuk menjadi yang terbaik...

Wednesday 29 June 2016

Stop..Lari Topik..Kecewa seorang pensyarah

Aku dah lama tak menulis, tapi kali ni aku menulis kerana aku agak tertekan,, aku menjadi pensyarah almost 3 years, setahun aku mengajar di salah sebuah IPTA dan dua tahun aku berada di IPTS, tiada niat dalam diri aku untuk membandingkan pelajar ku. Aku selalu beranggapan bahawa tiada perbezaan antara pelajar IPTA dan IPTS tetapi selama dua tahun aku cuba positif kan pemikiranku dengan pernyataan tersebut aku kecewa terutamanya dengan pelajar yang sudah berada di peringkat ijazah, mungkin ini berlaku di kolej ku sahaja.. kolej ini mempunyai kerjasama dengan salah sebuah IPTA yang hebat dan terkenal, jadi aku beranggap bahawa pelajar yang bertuah untuk menyambung pengajian program kerjasama ini adalah pelajar yang terpilih, namun begitu aku berasa sangat kecewa apabila realiti nya adalah tidak seperti yang ku jangka. Telah ku cuba bermacam kaedah untuk membantu pelajar ini, beberapa set tutorial ku beri untuk latihan dan jawapan ku bincangkan, penerangan setiap topik pun telah diberikan, kelas tambahan pun telah diadakan, tetapi mungkin masih ada kekurangan dalam pengajaranku sehingga hasilnya sangat lah mengecewakan,,,, Aku duduk termenung memikirkan dimana silapku,, kerana sepanjang aku mengajar inilah kali pertama aku berhadapan dengan situasi begini, jika dibanding dengan pengalaman mengajarku sebelum ini, dengan method pengajaran yang sama ku sampaikan hasil yang ku perolehi sangat memuaskan tapi kali ini.. dimana silapku?? aku menerapkan ciri pengajaran pendekatan pelajar, dimana aku banyak memberi pengajaran berbentuk projek dan games, feedback daripada pelajarku mereka mengatakan kelasku menyeronokkan.. tetapi adakah mereka hanya mendapat keseronokkan tapi bukan ilmu yang aku cuba sampaikan?? dimana silapku??.. keputusan peperiksaaan yang ku dapati amat mengejutkan dan mengecewakan.. tidak seperti yang ku jangka,, sewaktu pengajaran aku nampak pelajar ku memahami apa yang ku sampaikan,, tapi hasil keputusan peperiksaan tidak begitu.. kenapa? dimana silapku?.. ternyata memang ada perbezaan antara pelajar IPTA dan IPTS,, dari segi sikap dan kesungguhan memang jauh beza.. apa perlu aku lakukan? bagaimana aku nak membantu pelajar ini sedangkan pelajar ini bersikap sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh? esok merupakan hari pembentangan markah peperiksaan..sungguh aku berasa takut, apakah alasan patut diberi ? dengan keputusan sebegini semestinya aku akan dipersoalkan, adat menjadi pendidik, bagaimana gurunya itulah hasil pelajarnya.. tetapi aku kecewa.. telah ku cuba untuk mendidik, telah ku cuba pelbagai usaha tetapi hasilnya??.. mungkin ini ujian bagiku mungkin tuhan hendak menguji ketabahanku sebagai seorang pendidik.. walaubagaimanapun aku telah berikan yang terbaik.. namun hasil yang ku dapati ni mungkin ada hikmahnya.. semoga Allah permudahkan urusan pembentangan markah esok amin....