Monday, 22 October 2012

I've got plan A B C D.......


Pernah tak dalam hidup kita membuat perancangan? mestilah pernah.. sedangkan anak-anak kecil pun buat perancangan contohnye.. diorang akan fikir lepas ni nak main apa.. nanti nak makan gula2 apa.. semuanya dirancang dulu hehe.. termasuklah farah plan tu banyak sangat.. kejap nak macam ni pastu tukar.. walaupun setiap yang dirancang tak semestinya akan jadi, tapi farah tetap buat perancangan sebab bagi farah selagi kita ada perancangan selagi itu kita ada matlamat untuk dicapai.. dan kita perlu ada matlamat untuk hidup.. kita diciptakan oleh tuhan bukanlah sekadar untuk menghabiskan usia dengan melakukan perkara yang sia-sia.. so buat lah perancangan sebanyak yang mungkin sebab perancangan ini merupakan pilihan jalan yang kita ada.. apa hasil daripada plan kita itu semua ketentuan tuhan.. kita kene redha yang penting kita kene usaha dahulu, sebenarnya kita mempunyai peluang untuk mengubah nasib kita terpulanglah sejauh mana usaha kita, tetapi jangan sekali kita lupa untuk berdoa pada tuhan kerana kita mampu merancang tapi tuhan yang menentukan.. jika plan kita tak berjaya jangan putus asa.. selagi kita masih hidup akal berfungsi kita mampu bangkit dan bermula semula.. :-)  so.. jom kita buat banyak plan mana la tau suatu hari nanti apa yang dirancang menjadi ;-)

Sunday, 21 October 2012

A new start...



Kadangkala kita rasa kita susah nak mulakan sesuatu yang baru, mungkin ini disebabkan kita masih berpegang pada yang lama atau mengharapkan yang lama akan berulang kembali.. tapi jika di fikirkan secara rasional sampai bila kita nak berpegang pada yang lama.. sedangkan masa sentiasa berputar ke depan.. rasanya sudah tiba masanya untuk mulakan sesuatu yang baru.. bergerak kehadapan dan jangan toleh kebelakang.. perkara yang lama simpan sebagai kenangan dan panduan.. buka buku baru mulakan pengembaraan yang baru..


Untuk melangkah ke pengembaraan yang baru.. farah nak mulakan dengan langkah pertama iaitu makan makanan yang sedap sepuas-puasnya hehe untuk kumpul tenaga nak hadapi cabaran baru di masa depan.. farah aja aja fighting  ;-)

Wednesday, 26 September 2012

Sweetznyer kiter cam gula-gula..


Tibe-tibe teringat kat BFF farah, Ni la BFF farah, dari kiri Dija Farah Nunu rasa rindu sangat kat korang hehe.. rindu zaman gila-gila.. rindu zaman makan maggie sama2.. 



 Ha ni hari BFF kami.. biler ye?? Kalau korang tak ingat nnti ada yang kene makan sup selipar hehe.. OUR BFF DAY => 27 November 


Kenangan manis masa zaman dulu kala hehe sweetz sgt sampai bila2 takkan lupa kan mek nunu


Dija ingat lagi tak masa ni kita main kat lagoon naik yang pusing-pusing tu hehe nanti kita naik lagi k biar sampai pening hehe


huhu Rindu kat my cousin sorang ni.. mya amira nama glamer nye hehe 


 Rindu dengan adik sepupuku yang comey ni fatni, nurin, anum huhu nanti balik kelate kiter jumpa k?

setiap memori indah kiter akan farah sematkan dalam hati sampai bila-bila..
so sweetzzz cam gula-gula :-)


Tuesday, 25 September 2012

u r my sweetheart





hehe Kali ni farah nak citer sikit pasal kapel yang cute ni.. farah rasa maybe ramai yang penah tengok citer ni, kisah kapel yang sangat pelik dan kontra.. GF nye cun BF nye macam cendawan hehe.. tapi pe yang farah suka tentang citer ni ialah.. GF nye suka pada cendawan ni sebab:

1- Cendawan jujur sangat orangnye
2- Biarlah orang hentam dia atau buli dia tapi cendawan ni tak pernah dendam
3- Tak kira lah orang benci kat dia tapi cendawan ni tetap akan layan orang dengan baik

hurm rasa nye kalau kat dunia nyata ni macam mustahil je ada orang yang sebaik ni kan?.. tapi apa yang farah nak kongsi pasal citer ni sebenarnye ialah.. janganlah kita menyukai seseorang kerana paras rupa sebab paras rupa bukan nye kekal bile dah tua semuanye dah tak ada tinggal kedut je, sepatutnya kita menyukai seseorang kerana kebaikkan hatinya, keikhlasan dirinya, sebab semua ni akan kekal hingga akhir nyawa insyaallah... Janganla kita terus tolak dan benci seseorang sebab dia tak hensem atau tak cantik sebab semua ni boleh diubah, kalau kita makeover sikit kawan kita mesti dia jadi hensem atau pun cantik hehe klau pokok kita sapu mekap pun boleh jadi cantik.. tapi kalau kecantikkan hati itu anugerah takder mekap yang boleh ubah.. tak percaya? cuba tengok cendawan ni kalau di makeover pun boleh jadi hensem.. 

ha ni la cendawan tadi selepas di makeover... ingat  kita kene menyukai seseorang itu kerana kebaikkan hatinya bukan paras rupanya... hanya kecantikan hati yang akan kekal sampai bila-bila

Friday, 21 September 2012

Vanilla Ice cream



Erm dah lama farah tak tulis blog.. macam-macam yang jadi dalam tempoh masa ni erm tak tahu macam mana nak mula cerita.. hehe tapi hari ni farah makan banyak sangat ice cream vanila.. bagi orang lain ice cream vanila tak special pun just ice cream.. tapi bagi farah setiap kali farah makan semua kenangan yang lama muncul.. farah takkan lupa semua kenangan ini.. semua kenangan farah bermula dengan ice cream vanila, kuew teow kungfu, apple susu, kedai makan lampu biru, keychain, teddy bear pink, bihun tomyam, cincin terlalu banyak kenangan ni akan muncul bila farah makan ice cream vanila.. dan perasa vanila ni akan jadi perasa yang paling farah suka sampai bila-bila.. takkan ada perasa lain yang boleh menggantikannya...

Sunday, 2 September 2012

Hati kristal..



Klau orang tanya hati ini milik siapa? Confirm farah jawab milik farah la.. confrim orang yang tanya tu rasa bengang hehe.. tapi memang betul pun Allah jadikan setiap manusia mempunyai satu hati. Dalam satu hati ada perasaan cinta dan sayang. Siapa yang patut kita cinta dan sayang? Jika soalan ini yang ditanya, farah akan jawab, pertama mesti kena ada perasaan cinta pada Allah dan Rasulullah, kedua mesti ada perasaan cinta pada ibu bapa dan yang terakhir sekali perasaan cinta pada seseorang yang mencintai kita. Orang kata hati seorang perempuan ibarat kristal cantik sangat tapi bila dah pecah susah sangat nak dicantum semula, yang tinggal perasaan kecewa, geram, sedih semua perasaan yang tak best la.. Farah setuju sangat sebab mungkin itu yang farah rasa sekarang. Harap-harap ada gam ajaib yang boleh camtumkan semula hati kristal ni..


Thursday, 23 August 2012

Syawal Semanis Gula-Gula

Di hari yang mulia ini farah ingin menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf jika ade tersilap salah terkasar bahasa kepada semua yang mengenali farah.

Alhamdulillah setelah penat menjalani ibadah puasa, syawal tiba dengan penuh bermakna. Farah berasa syukur kerana dapat beraya disamping keluarga tercinta. Tahun ni macam biasa farah beraya di Kelantan mestila kena beraya di Kelantan, Farah kan anak jati Kelate.

Tahun ini tahun yang pertama beraya tanpa tok ayah. Walaupun sedikit sedih tapi Alhamdulillah kemeriahan raya masih lagi dapat dirasa. Farah bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang sangat besar, Farah mempunyai ramai sanak saudara, sebelah pihak umi, Farah mempunyai lapan orang mak saudara dan dua orang ayah saudara semuanya dah berfamily, cuba bayangkan setiap kali raya bilik kat rumah Tok ayah tak cukup untuk kami semua.. Meriahnya raya bermula dari ruang tamu sampailah ke dapur rumah tok Ayah.. Seronok sangat.



Setiap tahun menu wajib raya kami, Nasi Kuning ( warisan turun temurun keluarga abah), sate(semalaman cucuk dan bakar sate sendiri sebab tu rasa sate ni sangat special) dan ketupat daun palas (yang ini tempah sebab tiada sapa pun yang reti buat ) . Menu special untuk raya tahun ni pula ialah Kek tiramisu dan kek tuti fuitty (special sebab dibuat oleh Farah sendiri). Seperti biasa selepas menjamu selera sesi fotografi diadakan setiap family bergambar. Farah pun sama dimana ada camera di situla farah ada.. Tapi bagi adik-adik sepupu farah yang kecil sesi memberi duit raya lah yang paling dinantikan semua nya akan beratur untuk dapat duit raya.. Farah special sikit sebab dalam family farah sesiapa yang belum berkahwin masih layak menerima duit raya, dan semakin umur meningkat jumlah duit raya pun bertambah tu yang farah suka sangat tu rasa macam tak nak kawin lagi tahun depan sebab nk dapat angpau raya besar hehe

Keluarga Farah ni klau beraya, open house mesti sampai seminggu, yerla mak saudara kan ramai setiap mak saudara akan buat open house sendiri. Hari raya yang pertama wajib beraya di rumah Tok ayah walaupun Tok ayah sudah tiada, raya pertama mesti rumah tok ayah dan kini umi la menjadi tuan rumah masak dan layan tetamu farah pun membantu juga. Raya seterusnya beraya di rumah mak saudara yang sulung sampailah yang bongsu.. Memang farah rasa kenyang sangat semasa raya, tiap-tiap hari menu berbeza.. rasanya bertambah berat badan farah kali ni.



Setiap tahun kami sekeluarga akan mengadakan BBQ best giler.. Farah suka sangat BBQ sebab dapat makan ayam panggang ramai-ramai, bermain bunga api, bukan bunga api yang budak kecil main tapi bunga api yang dipasang bila new year tu.. Cantik sangat.. macam biasa setiap tahun Ayah Yie ayah saudaraku yang supply bunga api ini, setakat ni Polis tak pernah la datang rumah kami hehe..

Beraya di sebelah pihak keluarga abah pula berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, keluaraga abah tidak la semeriah keluarga umi kerana keluarga abah kecil sahaja tapi suasana raya tu masih lagi ada. Tahun ini farah dengan keluarga abah beraya di dusun buah rambutan dan durian, pelik kan? tapi memang betul, sebenarnya dusun ini milik keluarga umi, bagi kami semua apa yang ada mestila berkongsi bersama. Seronok tau makan buah durian dan rambutan di dusun sendiri.  Seronokkan raya bersama family farah?



Sebenarnya kemeriahan suasana hari raya hanya dapat dirasa bersama keluarga dan orang yang tersayang, jadi, hargailah keluaraga kita selagi mereka masih ada, kerana setiap detik setiap saat yang ada kini mungkin akan tidak ada lagi.. Farah berharap sangat syawal yg akan datang, kami semua panjang umur dan dapat merasa sekali lagi kemanisan  syawal seperti tahun ini