Monday 22 October 2012

I've got plan A B C D.......


Pernah tak dalam hidup kita membuat perancangan? mestilah pernah.. sedangkan anak-anak kecil pun buat perancangan contohnye.. diorang akan fikir lepas ni nak main apa.. nanti nak makan gula2 apa.. semuanya dirancang dulu hehe.. termasuklah farah plan tu banyak sangat.. kejap nak macam ni pastu tukar.. walaupun setiap yang dirancang tak semestinya akan jadi, tapi farah tetap buat perancangan sebab bagi farah selagi kita ada perancangan selagi itu kita ada matlamat untuk dicapai.. dan kita perlu ada matlamat untuk hidup.. kita diciptakan oleh tuhan bukanlah sekadar untuk menghabiskan usia dengan melakukan perkara yang sia-sia.. so buat lah perancangan sebanyak yang mungkin sebab perancangan ini merupakan pilihan jalan yang kita ada.. apa hasil daripada plan kita itu semua ketentuan tuhan.. kita kene redha yang penting kita kene usaha dahulu, sebenarnya kita mempunyai peluang untuk mengubah nasib kita terpulanglah sejauh mana usaha kita, tetapi jangan sekali kita lupa untuk berdoa pada tuhan kerana kita mampu merancang tapi tuhan yang menentukan.. jika plan kita tak berjaya jangan putus asa.. selagi kita masih hidup akal berfungsi kita mampu bangkit dan bermula semula.. :-)  so.. jom kita buat banyak plan mana la tau suatu hari nanti apa yang dirancang menjadi ;-)

No comments: