Wednesday, 8 October 2014

Healing

 

Wow tak sangka aku mengambil masa yang lama untuk bangkit.. tapi Alhamdulillah Aku bangkit semula walaupun sudah jatuh beberapa kali, sudah terluka beberapa kali, Aku bersyukur kerana aku masih disayangi tuhan.. walaupun aku kehilangan sesuatu yang aku pernah anggap ia indah.. namun aku silap.. sebenarnya tuhan nak tunjukkan sesuatu yang lebih indah daripada apa yang aku hilang.. Hari ni aku bersyukur kerana cita-citaku sudah begitu hampir menjadi kenyataan malah Allah beri lagi banyak padaku.. Aku bersyukur kerana kini aku berasa lebih hebat lebih bangga dengan diri ku kerana aku sudah berjaya menamatkan pengajian master program ku yang pertama dan insyaallah dalam masa setahun lagi aku akan menamatkan pengajian dalam program master ku yang keDUA Alhamdulillah.. Aku rasa bersyukur dan bangga dengan diri sendiri kerana aku berpeluang untuk memegang title DOUBLE MASTER.. Ya Allah.. aku redha.. dan aku cuba untuk memahami setiap ujian yang kau beri padaku.. cuma aku harap kau beriku kekuatan untuk tempuh segala ujian yang diberi.. tetapkan diriku dalam keimanan yang teguh amin..
Post a Comment