Thursday, 23 August 2012

Syawal Semanis Gula-Gula

Di hari yang mulia ini farah ingin menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf jika ade tersilap salah terkasar bahasa kepada semua yang mengenali farah.

Alhamdulillah setelah penat menjalani ibadah puasa, syawal tiba dengan penuh bermakna. Farah berasa syukur kerana dapat beraya disamping keluarga tercinta. Tahun ni macam biasa farah beraya di Kelantan mestila kena beraya di Kelantan, Farah kan anak jati Kelate.

Tahun ini tahun yang pertama beraya tanpa tok ayah. Walaupun sedikit sedih tapi Alhamdulillah kemeriahan raya masih lagi dapat dirasa. Farah bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang sangat besar, Farah mempunyai ramai sanak saudara, sebelah pihak umi, Farah mempunyai lapan orang mak saudara dan dua orang ayah saudara semuanya dah berfamily, cuba bayangkan setiap kali raya bilik kat rumah Tok ayah tak cukup untuk kami semua.. Meriahnya raya bermula dari ruang tamu sampailah ke dapur rumah tok Ayah.. Seronok sangat.



Setiap tahun menu wajib raya kami, Nasi Kuning ( warisan turun temurun keluarga abah), sate(semalaman cucuk dan bakar sate sendiri sebab tu rasa sate ni sangat special) dan ketupat daun palas (yang ini tempah sebab tiada sapa pun yang reti buat ) . Menu special untuk raya tahun ni pula ialah Kek tiramisu dan kek tuti fuitty (special sebab dibuat oleh Farah sendiri). Seperti biasa selepas menjamu selera sesi fotografi diadakan setiap family bergambar. Farah pun sama dimana ada camera di situla farah ada.. Tapi bagi adik-adik sepupu farah yang kecil sesi memberi duit raya lah yang paling dinantikan semua nya akan beratur untuk dapat duit raya.. Farah special sikit sebab dalam family farah sesiapa yang belum berkahwin masih layak menerima duit raya, dan semakin umur meningkat jumlah duit raya pun bertambah tu yang farah suka sangat tu rasa macam tak nak kawin lagi tahun depan sebab nk dapat angpau raya besar hehe

Keluarga Farah ni klau beraya, open house mesti sampai seminggu, yerla mak saudara kan ramai setiap mak saudara akan buat open house sendiri. Hari raya yang pertama wajib beraya di rumah Tok ayah walaupun Tok ayah sudah tiada, raya pertama mesti rumah tok ayah dan kini umi la menjadi tuan rumah masak dan layan tetamu farah pun membantu juga. Raya seterusnya beraya di rumah mak saudara yang sulung sampailah yang bongsu.. Memang farah rasa kenyang sangat semasa raya, tiap-tiap hari menu berbeza.. rasanya bertambah berat badan farah kali ni.



Setiap tahun kami sekeluarga akan mengadakan BBQ best giler.. Farah suka sangat BBQ sebab dapat makan ayam panggang ramai-ramai, bermain bunga api, bukan bunga api yang budak kecil main tapi bunga api yang dipasang bila new year tu.. Cantik sangat.. macam biasa setiap tahun Ayah Yie ayah saudaraku yang supply bunga api ini, setakat ni Polis tak pernah la datang rumah kami hehe..

Beraya di sebelah pihak keluarga abah pula berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, keluaraga abah tidak la semeriah keluarga umi kerana keluarga abah kecil sahaja tapi suasana raya tu masih lagi ada. Tahun ini farah dengan keluarga abah beraya di dusun buah rambutan dan durian, pelik kan? tapi memang betul, sebenarnya dusun ini milik keluarga umi, bagi kami semua apa yang ada mestila berkongsi bersama. Seronok tau makan buah durian dan rambutan di dusun sendiri.  Seronokkan raya bersama family farah?



Sebenarnya kemeriahan suasana hari raya hanya dapat dirasa bersama keluarga dan orang yang tersayang, jadi, hargailah keluaraga kita selagi mereka masih ada, kerana setiap detik setiap saat yang ada kini mungkin akan tidak ada lagi.. Farah berharap sangat syawal yg akan datang, kami semua panjang umur dan dapat merasa sekali lagi kemanisan  syawal seperti tahun ini

Post a Comment