Thursday, 17 January 2013

I love teaching..


Pernah tak anda merasa bagaimana menjadi seorang guru?.. Sebenarnya dalam hidup farah tak pernah terfikir untuk menjadi seorang guru lebih-lebih lagi guru tadika.. hehe tapi farah berasa sangat seronok mengajar anak-anak kecil ini, menjadi guru yang pertama dalam hidup mereka menjadi guru yang pertama mengajar mereka menulis, membaca, mendidik mereka ke arah yang lebih baik.. suatu perasaan yang sukar digambarkan bila melihat anak didik kita berjaya.. anak kecil ibarat kain putih generasi dewasa yang akan mencorak mereka.. andai corak yang di beri cantik maka cantiklah anak-anak kecil ini.. bagi farah menjadi guru tadika bukanlah sesuatu yang mudah kerana anak-anak kecil ini baru sahaja mengenal erti sekolah.. erti berkawan.. erti belajar.. jadi pendidikan awal bagi kank-kanak amatla penting kerana ia merupakan asas untuk mereka menghadapi dunia yang lebih mencabar pada masa hadapan.. terima kasih kepada guru-guru yang pernah mendidik farah suatu ketika dahulu.. ternyata menjadi seorang pendidik adalah perkara yang mulia..
terima kasih cikgu.. xoxo my life sweetz as candy..
Post a Comment