Sunday 13 July 2014

Alhamdulillah...Semakin nampak apa yang dicari..

  
Alhamdulillah saya semakin menemui apa yang dicari selama ini apa yang membuat kedamaian hati itu hilang, apa yang membuatkan diri sendiri begitu sedih.. sebenarnya smua itu berlaku kerana saya kurang memerhati dan memahami diri saya sendiri, kurang mengenali diri sendiri, insyaallah mulai hari ni saya akan belajar mengenali diri sendiri, siapa saya, apa yang saya inginkan, apakah kesilapan yang boleh diperbetulkan, bantu diri sendiri, cari kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan yg sebenarnya ada dalam diri saya, cuma saya sendiri yang mengabaikannya, mengatakan ia tiada, kini saya akan mencari dan memujuk kebahagiaan, ketenangan, supaya hadir kembali pada diri saya.. maafkan saya wahai hati wahai diri, kerana selama ini telah mengabaikan kebahagian ketenangan dan kedamaian keceriaan yang dahulunya sentiasa ada.. Insyaallah kita mulakan bab baru, saya janji akan mencari semula kebahagiaan, ketenangan, dan keceriaan yang dahulu.. Selamat berkenalan wahai diri.. :-)

No comments: