Thursday 17 October 2013

#Langkawi #throwback

  
Farah nak share sikit sebelum ni farah ader pergi langkawi with my family.. so sekarang ni farah nak share tempat-tempat yang best kat sana k..
 
ha ni masa dalam feri.. yang ni kami naik feri dari jeti kuala perlis.. si comel tu adalah my sweets cousins..



 aktiviti pertama kami ialah island hopping huhu best.. kami pegi ke pulau dayang bunting pegi tempat makan helang mmg best la huhu




huhu best dapat rasa angin laut atas bot laju ni hehe.. harga untuk island hopping ni pun tak mahal.. berbaloi-baloi..

ok ni dekat pulau dayang bunting.. mengikut lagenda kat sini.... sesiapa yang belum ada rezeki untuk dapat cahaya mata.. boleh mandi kat tasik dayang bunting ni.. orang kata la.. nak percaya ke tak tu terpulang.. yang istimewa kat pulau ni.. adalah tasik dayang bunting.. kenapa istimewa? sebab ader tasik dipermukaan laut.. ha klau nak tau macam mana terbentuk tasik ni.. korang kena la datang sini..
wahh so romantik abah ngan umi .. ni lah view di tasik dayang bunting...
ok.. lepas dh penat island hopping.. petang tu kami ke under water world Langkawi.. kat sini okla.. nak tgk hidupan laut...
we had so much fun.. ok la kat sini.. tapi bg farah KLCC aquaria tu lg best la.. banyak hidupan laut cantik-cantik..
 
 
 lepas kami penat berjalan-jalan.. so kami pulang ke chalet kami di pantai chenang.. pe lagi mandi laut la.. pastu naik banana boat.. besttt hehe

ok.. kalau nak cari chalet ke.. pilih la chalet or resort kat pantai chenang.. kenapa? sebab malam-malam kiter boleh jalan-jalan shopping.. kat seni banyak sangat gerai-gerai yg jual baju cenderamata dan macam-macam lagi la.. lepak2 best kat cni..
 
 ni adalah satu lagi tempat menarik yang ada kat pantai chenang langkawi.. kedai buku-buku lama langkawi.. kat kedai ni ada macam-macam jenis buku dari pelbagai negara.. rugi kalau tak pergi kedai ni ..
 


seterusnya tak lengkap kalau kita datang langkawi tapi tak pegi makam mahsuri dan beras terbakar.. kawasan lagenda yang paling popular kat sini hehe

ni rumah mahsuri.. korang boleh la naik atas rumah ni bergambar

 ni lah view rumah mahsuri dan makam mahsuri.... bila datang sini baru la tau lagenda mahsuri tu..hehe
ok dekat langkawi ni antara yang popular adalah minyak gamat.. ha kat sinila kalau nak tengok macam mana proses gamat tu hehe

lepas dh tahu lagenda mahsuri dan cara nak buat gamat kami singgah plak kat langkawi cabel car.. kat sini bukan ader cabel car jer tapi ada banyak lagi tempat menarik dalam kawasan cabel car ni antaranyer adalah mini zoo dimana terletaknyer arnab bit bit yang comey ni hehe


ok.. sampai sini la dulu trip ke Langkawi.. nanti kalau ada rezeki farah pegi tempat yang lagi menarik farah akan share..
my life is sweets as candy 
tata,....


















No comments: